Friday 29 July 2011

Kem Remaja Rabbani Tingkatan 5 dan PPU

Pada 29 Julai 2011, Kem Remaja Rabbani telah dijalankan kepada para pelajar beragama Islam Tingkatan 5 dan PPU Atas di Kem Rimba Hulu Tamu, Batang Kali. Program ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana untuk menjadi mukmin yang sejati. Di samping itu, program ini untuk memupuk jati diri dan semangat ukhwah antara peserta. Program selama 3 hari 2 malam ini telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama pihak Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Friday 22 July 2011

Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya

Pada 18 Julai - 21  Julai 2011, Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) telah diadakan di Pusat Ko Kurikulum Hulu Selangor, Ampang Pecah. SMKKKB telah menghantar 3 orang peserta. Objektif program ini untuk:
a) Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah
b) Menggerakkan pelajar sebagai Ahli RADA yang proaktif dan berketrampilan
c) Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup yang sihat
d) Memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah dan keluarga dalam membimbing pelajar mengatasai masalah dadah.  
 Ulasan :
Keseluruhannya Program SHIELDS 2011 ini telah berjaya dijalankan dengan berkesan dan mantap. Penghargaan seharusnya ditujukan kepada pihak AADK Hulu Selangor yang begitu komited dalam menjalankan program ini sehingga ke hujungnya. Penglibatan pihak PPD Hulu Selangor dengan pihak Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Selangor telah berjaya memberikan impak yang sangat berguna ke arah kelancaran Program SHIELDS ini. Program SHIELDS ini perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang dengan penglibatan badan-badan berkanun dan NGO pada masa-masa yang akan datang. Pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah begitu mengalu-alukan penglibatan pihak tersebut. Penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.





Sunday 17 July 2011

Kem Bestari Kepimpinan Pelajar (MKP & MKPA)

Pada 15 Julai - 17 Julai 2011, Kem Bestari Kepimpinan telah dijalankan di Nur Laman Bestari, Hulu Yam  Selangor. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini disasarkan kepada semua pemimpin pelajar SMKKKB dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Objektif program ini untuk memupuk jati diri dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar SMKKKB. Program selama 3 hari 2 malam ini padat dengan aktiviti yang telah disusun dengan terperinci meliputi ice breaking, modul kepimpinan, aktiviti outdoor, jungle trekking dan modul sharing. Perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua Cemerlang, SMKKKB)










Saturday 9 July 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan telah dijalankan pada 09 Julai 2011 di Dewan Gemilang Asrama SMKKKB. Program ini dijalankan oleh penceramah Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) Tn Haji Shahabuddin Ashari. Program ini telah dihadiri oleh warga guru dan kakitangan SMKKKB. Program ini telah dimulakan dengan aktiviti ice breaking, pembentukan kumpulan, modul Cut Apple A,  matlamat kumpulan, sharing dan aktiviti selingan serta energizer. Semua kakitangan berasa sungguh gembira dalam melakukan setiap tugasan sepanjang program tersebut. Kerjasama guru dan kakitangan adalah sangat penting bagi menjamin organisasi yang hebat...