Tuesday 27 September 2011

TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

TINGKATAN 1 - 19.10.11 HINGGA 3.11.11
TINGKATAN 2 - 19.10.11 HINGGA 3.11.11
TINGKATAN 4 - 7.10.11 HINGGA 3.11.11
PPU BAWAH - 17.10.11 HINGGA 3.11.11

Pemeriksaan Buku Skrap SLAD

Satu pemeriksaan Buku Skrap Skim Lencana Anti Dadah, bagi mendapatkan Lencana SLAD telah dijalankan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Ia meliputi isi-isi keratan akhbar, majalah, brosur tentang anti dadah berdasarkan aspek keperluan buku skrap tersebut. Peserta masih boleh menyiapkan buku skrap ini sehingga sempurna. Bahan-bahan Buku Skrap ini akan diletakkan di Bilik Sumber PPDa sebagai sumber rujukan pelajar. Terima kasih kepada semua yang berkaya menyempurnakan Buku Skrap ini.




Monday 26 September 2011

Program Pengurusan Stres Calon PMR 2011





Satu Program Pengurusan Stres telah dijalankan bagi membantu murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan PMR 2011. Ia bertujuan untuk murid-murid menangani tekanan menjelang peperiksaan meliputi masa belajar, komunikasi, fizikal dan mental murid-murid. Program ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kelas 3 Siber, 3 Bios dan Cimos bagi kumpulan pertama. Manakala 3 Digital, 3 Gigabait dan 3 Megabait bagi kumpulan kedua. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pn Norhayati bt Mohd Yusop dan dibantu  oleh Pn Rosmina Abdul Hamid dan En Saiful Nizam b Abdul Halim. Terima kasih juga kepada guru-guru tingkatan 3 yang hadir bagi memantau disiplin murid-murid. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat hasil yang gemilang menerusi PMR 2011 ini nanti.

Friday 23 September 2011

Tahniah UBK SMKKKB!

Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di atas kejayaan sebagai Naib Johan Pertandingan Pembinaan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling - Merekayasa Peringkat Daerah Hulu Selangor. Pertandingan ini telah diadakan di PKG Kalumpang. Kejayaan ini telah memberi satu suntikan motivasi UBK SMKKKB dalam meningkatkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Dengan ini, UBK SMKKKB menjemput anda semua melayari laman blog ini...

Thursday 22 September 2011

Taklimat Program Restu Ilmu, Program Pengurusan Stress dan Motivasi Calon PMR 2011

Satu taklimat berkenaan dengan beberapa program yang akan dijalankan kepada murid-murid Tingkatan 3 yang akan mengambil PMR. Program itu meliputi Program Restu Ilmu, Program Pengurusan Stress, dan Motivasi Calon PMR 2011. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Manap Jarkasi (Pengetua Cemerlang SMKKKB). Semoga program yang dirancang ini memberikan impak yang besar dalam mencapai keunggulan PMR 2011.



Tuesday 20 September 2011

Pertandingan Merekayasa Peringkat Daerah

Unit Bimbingan dan kaunseling SMKKKB sedang dan dalam proses untuk menyertai Pertandingan Merekayasa Peringkat Daerah yang akan diadakan di PKG Kalumpang. Hasil perbincangan antara GBKSM dengan pihak pentadbiran sekolah, kami sebulat suara mengambil bahagian dalam pertandingan pembinaan blog dan facebook.



Friday 16 September 2011

Mesyuarat Penyelarasan Ujian SLAD Hulu Selangor

Pada 15 September 2011 telah diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan Ujian Skim Lencana Anti Dadah peringkat Daerah Hulu Selangor. Guru-guru yang hadir terdiri daripada GBKSM yang memimpin dan menyelaras aktiviti SLAD di sekolah masing-masing. Perbincangan meliputi pengumpulan soalan ujian, penyemakan skima buku log SLAD serta aspek pengurusan ujian tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En Hassaruddin b Yaakob (Pegawai Khas PPDa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor). Hasil mesyuarat bersetuju untuk menjalankan ujian tersebut pada 26 September 2011 di SMK Dato, Hj Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu.


Wednesday 14 September 2011

Perjumpaan Calon Harapan Unggul, Potensi Cemerlang dan Harapan Lulus PMR

Satu perjumpaan telah diadakan di tiga lokasi bagi calon-calon PMR 2011 SMKKKB pada 14 September2011. Perjumpaan bersama Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua SMKKKKB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKKKB bagi calon Harapan Unggul PMR. Perjumpaan bersama Tn Hj Mohd Ali b Daud (Penolong Kanan SMKKKB) telah diadakan di Dewan Gemilang SMKKKB bagi calon Potensi Cemerlang dan bagi calon Harapan Lulus PMR, perjumpaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPU bersama En Abu Mansor b Sathri. Kesemua perjumpaan ini telah dijalankan serentak selepas Ujian Gerak Gempur PMR. Tujuan diadakan perjumpaan ini ialah untuk memberi motivasi serta amanat terakhir kepada calon-calon PMR. Terima kasih kepada semua guru dan calon PMR yang menjayakan program ini.