Saturday 22 January 2011

Program Bergerak "Hati ke Hati" Sekolah Menengah

Pada 21 Januari 2011, Program Bergerak "Hati ke Hati" Sekolah Menengah Seluruh Negara Anjuran Bersama KPM, MAPAN, JPNS dan PPD Hulu Selangor. Program ini diadakan di Dewan SMK Syed Mashor, Batang Kali.

Objektif program ini adalah seperti berikut:
a) Pelajar memiliki pengetahuan asas sebagai PRS
b) Pelajar mempunyai sikap yang positif dalam membimbing rakan sebaya
c) Menangani disiplin pelajar dan membendung penularan masalah disiplin di sekolah
d) Membentuk jati diri pelajar

Monday 17 January 2011

Seminar Pengajian Tinggi dan Karnival Jom Masuk U

Pada 13-17 Januari 2011, seorang GBKSM SMKKKB iaitu En Saiful Nizam b Abdul Halim telah menghadiri satu Seminar Pengajian Tinggi dan Karnival Jom Masuk U bertempat di Permai Inn, Kuala Terengganu. Karnival peringkat kebangsaan ini telah menghimpunkan GBKSM dari sekolah-sekolah yang terpilih di negeri-negeri seluruh Malaysia. Sepanjang seminar itu, banyak perkara yang baru mengenai IPTA dan IPTS yang telah disampaikan. Segala maklumat dan info yang berguna telah diperolehi untuk membantu para pelajar SMKKKB khasnya. Sila rujuk En Saiful Nizam, Pn Norhayati dan Pn Rosmina untuk maklumat IPTA dan IPTS pilihan anda. Kami sedia membantu anda.



Wednesday 5 January 2011

Salam Perkenalan Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKKB

Selamat Datang Semua kepada yang melayari Weblog ini. Sememangnya pihak admin mengalukan-alukan kehadiran anda semua dalam membantu pihak UBK SMKKKB dalam membangun satu unit yang terbaik. Kekuatan dan kelemahan akan sentiasa dijadikan panduan untuk memantapkan UBK SMKKKB ini. Dalam pada itu, pihak admin meminta anda agar dapat menggunakan kemudahan di weblog ini dengan cara yang berhemah dan seterusnya anda mendapat info dengan melayari weblog ini... Salam perkenalan...