Friday 19 August 2011

Program Minda Sihat

Satu Program Minda Sihat telah diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah. Program ini anjuran Pejabat Kesihatan Daerah. Sasaran program ini ialah kepada guru-guru bagaimana untuk membantu dalam menangani masalah kesihatan mental para pelajar di sekolah. Pendekatan yang digunakan sepanjang program ini ialah soal selidik dan ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Anthony Ng. Program ini sangat baik bagi memberi maklumat kepada GBKSM untuk menangani permasalahan dalam kalangan pelajar. Terima kasih.


Thursday 18 August 2011

Tahniah kepada Peserta PLKN

Tahniah kepada Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Semua pelajar telah melengkapkan semua maklumat bagi menyertai program tersebut. Semoga anda semua mendapat manfaat yang berguna sepanjang menyertai program tersebut. Tahniah sekali lagi...

Tuesday 16 August 2011

Projek Mengecat Lorong PPDa

Satu aktiviti mengecat Lorong PPDa telah diadakan dengan kerjasama guru-guru pelatih UPSI yang berpraktikum di SMKKKB. Ini adalah satu projek Pendidikan Pencegahan Dadah yang dalam rangka proses untuk menyiapkan satu lorong PPDa bagi tahun 2012. Dalam perancangan tersebut akan ada mural anti dadah daripada unit-unit uniform di SMKKKB serta pelbagai info maklumat akan dipamerkan. Terima kasih kepada pelatih-pelatih UPSI. Sekolah Bebas Dadah 2012.





Thursday 11 August 2011

Program Bitara UPSI Bersama Pelajar Calon SPM

Satu Program Bitara UPSI telah dijalankan bersama calon SPM SMKKKB. Pelajar-pelajar terdiri daripada kelas 5 Digital, 5 Gigabait dan 5 Megabait. Program ini telah mendapat kerjasama yang erat daripada para pensyarah yang berpengalaman daripada UPSI. Program ini telah dimulakan dengan sesi ice breaking dan motivasi yang dikendalikan oleh En Taqiudin b Abdul Mukhti. Ini dikuti oleh teknik mempelajari  Sains dan teknik mempelajari Matematik. Semua pelajar telah mengikuti program ini dengan baik dan mendapat maklum balas yang positif. Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Tn Hj Manap Jarkasi (Pengetua Cemerlang SMKKKB. Terima kasih kepada semua guru yang menjayakan program ini.




 

Tuesday 9 August 2011

Program Kembali Ke Landasan (PKKL)

Sepanjang minggu ini, semua GBKSM SMKKKB sedang sibuk menyiapkan data-data bagi Program Kembali Ke Landasan. data-data ini adalah amat perlu bagi melihat keberkesanan program-program yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari sehingga kini. Di samping itu, ia juga untuk melihat sama ada terdapat perubahan kepada para pelajar yang melakukan salah laku atau pelanggaran disiplin di sekolah.