Friday 21 October 2011

Program My Talent

Satu Progam My Talent telah dijalankan di Dewan Bestari SMKKKB. Program ini adalah merupakan satu aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa untuk mencari bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 yang baharu sahaja selesai menyempurnakan PMR. Program ini dikendalikan oleh GBKSM Pn Norhayati Mohd Yusop dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3 Pn Siti Zuliana dan guru-guru yang mengajar di Tingkatan 3. Program ini berjalan dengan baik dan semua pelajar memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini. 

Program Pengurusan Stres Calon SPM 2011

Satu Program Pengurusan Stres telah diadakan di Dewan Gemilang Asrama SMK Kuala Kubu Bharu. Program ini telah dikendalikan oleh GBKSM En Saiful Nizam b Abdul Halim serta dibantu oleh Pn Nurul Suhaida bt Ahmad Penyelaras Tingkatan 5. Program ini terbahagi kepada 2 slot iaitu Slot Ceramah daripada Pegawai PTPL / MSU iaitu Pn Norlina bt Arshad dan Slot Taklimat Kemahiran daripada Pegawai Latihan Yayasan Basmi Kemiskinan Kuala Selangor En Mohd Noh bin Muhammad. Semua aktiviti ini berjalan lancar dan pelajar Tingkatan 5 memberi kerjasama yang sangat baik bagi program ini. Terima kasih kepada guru yang hadir untuk memantau semua pelajar kelas masing-masing. Jasa anda semua amat dihargai. UBK SMKKKB mengharapkan agar program ini dapat membantu pelajar dalam menguruskan stres mereka menjelang hari peperiksaan. Selamat berjuang calon SPM 2011!. Gambar akan diupload nanti.... Sabar ye

Monday 17 October 2011

Kem RIMUP 2011

Satu Perkhemahan RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) telah dijalankan pada 14-16 Oktober 2011 di Teratak Nalys Hulu Tamu, Batang Kali. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 51 peserta dan dibantu oleh 3 orang fasilitator. Kem Komanden bagi perkhemahan ini ialah En Saiful Nizam b Abdul Halim dan dibantu oleh Cik Zuraidah bt Arbaei. Kepada semua guru yang telah bertugas diucapkan ribuan terima kasih bermula daripada hari Jumaat hingga hari Ahad. Jasa anda semua akan dikenang sampai bila-bila. Gambar-gambar akan diupload nanti... sabar ye...

Wednesday 12 October 2011

Program Pasca PMR

Program Pasca PMR dijalankan kepada semua murid Tingkatan 3 yang diadakan di Dewan Bestari SMKKKB. Program ini dikendalikan oleh Pn Norhayati Mohd Yusop dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3 bersama guru-guru yang mengajar Tingkatan 3.

Friday 7 October 2011

Pengurusan Stres Calon STPM 2011

Pada 07 Oktober 2011 telah dijalankan program Pengurusan Stres untuk calon yang bakal menghadapi Peperiksaan STPM 2011 di Dewan Gemilang, Asrama SMKKKB. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik kepada ketiga-tiga GBKSM SMKKKB. Semoga anda semua berjaya....

Monday 3 October 2011

Selamat Berjaya kepada Calon PMR SMKKKB

Pada hari ini, 4 Oktober 2011, murid-murid Tingkatan 3 menghadapi PMR. Kelihatan murid-murid telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Kami daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKKB mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR. Kami GBKSM SMKKKB doakan anda semua beroleh keputusan yang cemerlang.