Wednesday, 30 March 2011
Program Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah
Satu Program Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah telah diadakan pada 29 Mac 2011di Hotel Prescott Klang. PPDa SMKKKB diketuai oleh Jurulatih Utama, En Saiful Nizam b Abdul Halim telah menghantar 2 orang fasilitator yang terlatih iaitu Saudara Muhd Asyraf b Muhd Hatta dan Azrul Shafiq b Alfian. Mereka ini telah membantu pihak jurulatih utama dalam menjalankan modul-modul PPDa PETRONAS yang telah dirancangkan. Terima kasih kepada mereka berdua. Tahniah!





Monday, 28 March 2011
Program Motivasi Tunas Harapan
Program Motivasi Tunas harapan telah diadakan pada 26-27 Mac 2011 bertempat di Asrama SMKKKB. Sasaran bagi program ini ialah pelajar Tingkatan 4,5, dan 6. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Mahasiswa USM. Program ini telah dapat membantu dalam membentuk jati diri peserta dan memberi maklumat tentang manisnya kehidupan di menara gading. Semua peserta telah mengikuti program ini dengan jayanya.
Saturday, 12 March 2011
Program Penetapan Target dan Akur Janji calon SPM dan STPM
Satu Program Penetapan Target dan Akur Janji calon SPM dan STPM telah diadakan pada 11 Mac 2011. Hampir 96% ibu bapa telah hadir bagi melihat sejauh mana pencapaian anak-anak mereka dalam mencapai sasaran bagi peperiksaan SPM dan STPM 2011. Terdapat dua lokasi bagi program tersebut iaitu di Dewan Gemilang, dan Dewan Bestari SMKKKB. Ibu bapa telah diberikan panduan menerusi ceramah yang disampaikan oleh guru yang berpengalaman di SMKKKB. Semua aktiviti telah berjalan dengan lancar
Friday, 11 March 2011
Program Anak Angkat 1 Malaysia (Kebangsaan)
Seorang pelajar SMKKKB telah berjaya dipilih dalam satu Program Anak Angkat 1 Malaysia peringkat Kebangsaan. Pelajar tersebut ialah Norshamiza bt Mohd Zamri (5 Siber). Beliau dipilih kerana telah menunjukkan satu pencapaian yang baik dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta telah memegang beberapa jawatan penting di SMKKKB. Tahniah!
Saturday, 5 March 2011
Program Penetapan Target dan Akur Janji Harapan Lulus
Pada 04 Mac 2011, telah diadakan satu Program Penetapan Target dan Akur Janji Harapan Lulus. Program ini telah diadalah di Bilik Mesyuarat SMKKKB. hampir 95% ibu bapa hadir bagi program tersebut. Ia adalah satu mekanisme pihak sekolah untuk membantu murid dan ibu bapa dalam mengetahui apakah matlamat dan saran anak-anak mereka dalam PMR ini. Program ini telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak PIBG SMKKKB. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Friday, 25 February 2011
Kursus Fasilitator Murid Sahabat PPDa-PETRONAS 2011
Kursus Fasilitator Murid Sahabat PPDa-PETRONAS 2011 telah diadakan pada 22-24 Februsri 2011 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Seramai 5 orang peserta telah dihantar bagi mengikuti kursus tersebut bersama dengan Jurulatih Utama PPDa-PETRONAS, En Saiful Nizam b Abdul Halim. Peserta tersebut ialah Muhd Asyraf b Muhd Hatta, Azrul Shafiq Alfian, Nur Aqilah Mohd Ariff, Naemah Abdul Aziz, dan Sarmila. Semua peserta telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Adalah diharapkan peserta ini akan membantu dalam PPDa di peringkat sekolah dan daerah.
Sunday, 20 February 2011
Program Penetapan Target dan Akur Janji Tingkatan 3
Satu Program Penetapan Target dan Akur Janji telah dijalankan pada 19 Februari 2011 di Dewan Gemilang SMKKKB. Sasaran program pada kali ini untuk para pelajar Tingkatan 3. Kehadiran ibu bapa adalah amat baik. Dalam program tersebut, ibu bapa telah bertemu dengan guru-guru kelas bagi melihat prestasi anak-anak mereka sepanjang pembelajaran di SMKKKB. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.
Saturday, 12 February 2011
Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PETRONAS
Pada 9-11 Februari 2011, seramai 4 orang guru bimbingan dan kaunseling dari daerah ini telah terpilih untuk mengikuti Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PTRONAS 2011. Kursus ini telah diadakan di Prescott Hotel, Klang. Sepanjang program, para peserta telah diberikan pelbagai modul yang dapat membantu para peserta untuk menjadi jurulatih utama (JU) dalam aktiviti pencegahan dadah. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat.
Monday, 7 February 2011
Program Maju Diri (PMD) 2011
Program Maju Diri (PMD) telah dijalankan dengan jayanya bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas. Semua aktiviti telah dijalankan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. PMD ini dijalankan adalah untuk memberi satu suntikan semangat, motivasi serta kemahiran belajar kepada murid-murid Tingkatan 1-5 dan para pelajar Tingkatan 6 Atas (PPU).
Subscribe to:
Posts (Atom)