Saturday, 5 January 2013
Pemilihan ahli KPJ 2013
Kepada pelajar baharu dan lama yang berminat untuk menyertai Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) SMKKKB diminta berjumpa dengan Cikgu Saiful Nizam untuk maklumat lanjut. KPJ merancang untuk menjalankan banyak aktiviti bagi memudahkan para pelajar mendapatkan sijil penyertaan dan pencapaian khususnya dalam Skim Lencana Anti Dadah (SLAD).
Wednesday, 2 January 2013
Penempatan pelajar tingkatan 4
Pada 02 Januari 2012, Penyelaras Tingkatan 4 telah menjalankan aktiviti bagi menempatkan pelajar di aliran sains dan sastera. Penempatan ini berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan PMR 2012 yang lalu. Penempatan ini berjalan dengan baik hasil kerjasama guru-guru dan GBKSM dalam memastikan pelajar dapat ditempatkan di aliran sains dan sastera serta bersesuaian dengan kelayakan dan minat pelajar. Tahniah diucapkan....
Tuesday, 1 January 2013
Selamat Datang Pelajar Baharu SMKKKB 2013
Selamat datang kepada semua pelajar baharu SMKKKB tingkatan satu yang akan memulakan persekolahan alam menengah di SMKKKB. Tahniah diucapkan kepada anda dan ibu bapa atas kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kejayaan dan kecemerlangan dalam UPSR perlu diteruskan di SMKKKB. Pendaftaran tingkatan 1 telah diadakan pada 31/12/2012. Kelihatan ibu bapa dan pelajar-pelajar baharu bersemangat sepanjang majlis pendaftaran dijalankan.
Tuesday, 10 July 2012
Perjumpaan Bersama Tuan Pengetua (Program Akademik Unggul Tingkatan 1)
Pada hari ini telah dijalankan yang dinyatakan di atas di Bilik Mesyuarat SMKKKB.
Sunday, 8 July 2012
Program 2 hari 1 malam untuk warga asrama
Satu program 2 hari 1 malam telah dirancangkan untuk dilaksanakan pada 13 - 14 Julai 2012 di Dewan Gemilang, Asrama SMKKKB. Program ini akan dikendalikan oleh Kaunselor Pelatih daripada UPSI dan UNITAR. Nama bagi program ini akan dimaklumkan kemudian... tunggu...
Friday, 6 July 2012
Kursus MKP dan PRS mendapat sambutan...
Kursus MKP dan PRS sedang dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Bestari, SMKKKB. Seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada MKP dan PRS. Kursus ini dijayakan oleh Kaunselor pelatih daripada UNITAR iaitu En Mohd Azuan bin Zainuddin dan Kaunselor Pelatih daripada UPSI iaitu En Ali Hadri. MKP dan PRS dilatih untuk lebih berani dalam menjalankan tugas kepimpinan dalam bidang masing-masing. Terima kasih kepada semua yang menjayakan kursus ini. Gambar akan upload nanti...
Wednesday, 4 July 2012
Headcount Bagi Murid Tingkatan 1, 2 dan 4
Satu program Headcount bagi Tingkatan 1,2 dan 4 akan dijalankan sepanjang minggu hadapan. Bertujuan untuk membantu murid-murid melihat sejauh mana sasaran mereka dalam peperiksaan Tingkatan 1, 2 dan 4.
Tuesday, 3 July 2012
Selamat Datang Kaunselor Pelatih...
UBK SMKKKB mengucapkan selamat datang kepada En Muhd Azuan b Zainuddin daripada UNITAR sebagai Kaunselor Pelatih. Beliau akan menjalani latihan bimbingan dan kaunseling di SMKKKB dari 11 Jun 2012 hingga 21 September 2012. Dalam pada itu juga, seorang Kaunselor pelatih UPSI dari Negara Brunei Darussalam iaitu En Ali Hardi bin Awang Haji Mohamed juga telah melaporkan diri sebagai kaunselor pelatih di SMKKKB. Selamat datang diucapkan kepada mereka. Semoga dapat menaburkan bakti dan mendapat ilmu yang berguna sepanjang tempoh latihan.
Kursus Kepimpinan Muda MKP dan PRS
Satu kursus di atas akan dijalankan pada 07 Julai 2012 di Dewan Bestari SMKKKB. Semua MKP muda dan PRS diminta hadir ke kursus tersebut.
Tuesday, 8 May 2012
Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah
Pada minggu ini bermula dari 8 Mei - 18 Mei 2012, satu Program Orientasi dijalankan untuk para pelajar Tingkatan 6 bawah yang berjaya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 bawah. pelbagai aktiviti dirancang untuk para pelajar bermula dengan aktiviti yang dirancangkan.
Saturday, 21 January 2012
Selesainya PTD 2012
Sepanjang Januari 2012 ini, UBK SMKKKB telah selesai menjalankan Program Transformasi Diri (PTD) bagi semua pelajar SMKKKB. Semua aktiviti telah berjalan mengikut jadual yang telah dirancangkan. Terima kasih kepada penceramah jemputan daripada MSU dan Kolej CCQ Tech kerana menyampaikan maklumat tentang kerjaya dalam bidang masing-masing. UBK SMKKKB akan terus merancang sesuatu yang terbaik untuk semua para pelajar. Gambar akan dimuatnaik kemudian... Terima kasih kepada semua guru penyelaras tingkatan, guru mata pelajaran dan para pelajar.
Tuesday, 10 January 2012
Siapa yang minat menjadi PRS
Terbuka kepada semua pelajar SMKKKB yang berminat untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2012. Seperti biasa PRS ini akan dilatih dan anda akan diberikan sijil penyertaan setelah berjaya mengikuti kursus atau aktiviti yang telah dilalui. Ini adalah satu peluang kepada pelajar. Sila daftar segera kerana tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pn Norhayati bt Mohd Yusop, Pn Rosmina bt Abdul Hamid dan En Saiful Nizam b Abdul Halim.
Wednesday, 4 January 2012
Program Transformasi Diri (PTD)
Pada 5-6 Januari 2011 telah dijalankan PTD Tingkatan 1 di Dewan Bestari SMKKKB. Pengisian sepanjang pada hari tersebut ialah Nyanyian Lagu Sekolah, taklimat pemilihan kokurikulum, pengisian borang profil murid, pengenalan lokasi sekolah. Murid tingkatan 1 kelihatan bersemangat untuk belajar di SMKKKB.
Sunday, 1 January 2012
Selamat Meneruskan Pengajian Tahun 2012
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua guru dan pelajar SMKKKB yang akan meneruskan legasi kecemerlangan SMKKKB sebagai sebuah Sekolah Harian Unggul Menjelang 2014. Kami pihak UBK SMKKKB akan meneruskan segala perancangan yang telah disusun sepanjang tahun 2012 ini. Kerjasama daripada warga SMKKKB sangat diharapkan dalam membantu UBK SMKKKB memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Friday, 21 October 2011
Program My Talent
Satu Progam My Talent telah dijalankan di Dewan Bestari SMKKKB. Program ini adalah merupakan satu aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa untuk mencari bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 yang baharu sahaja selesai menyempurnakan PMR. Program ini dikendalikan oleh GBKSM Pn Norhayati Mohd Yusop dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3 Pn Siti Zuliana dan guru-guru yang mengajar di Tingkatan 3. Program ini berjalan dengan baik dan semua pelajar memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini.
Program Pengurusan Stres Calon SPM 2011
Satu Program Pengurusan Stres telah diadakan di Dewan Gemilang Asrama SMK Kuala Kubu Bharu. Program ini telah dikendalikan oleh GBKSM En Saiful Nizam b Abdul Halim serta dibantu oleh Pn Nurul Suhaida bt Ahmad Penyelaras Tingkatan 5. Program ini terbahagi kepada 2 slot iaitu Slot Ceramah daripada Pegawai PTPL / MSU iaitu Pn Norlina bt Arshad dan Slot Taklimat Kemahiran daripada Pegawai Latihan Yayasan Basmi Kemiskinan Kuala Selangor En Mohd Noh bin Muhammad. Semua aktiviti ini berjalan lancar dan pelajar Tingkatan 5 memberi kerjasama yang sangat baik bagi program ini. Terima kasih kepada guru yang hadir untuk memantau semua pelajar kelas masing-masing. Jasa anda semua amat dihargai. UBK SMKKKB mengharapkan agar program ini dapat membantu pelajar dalam menguruskan stres mereka menjelang hari peperiksaan. Selamat berjuang calon SPM 2011!. Gambar akan diupload nanti.... Sabar ye
Monday, 17 October 2011
Kem RIMUP 2011
Satu Perkhemahan RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) telah dijalankan pada 14-16 Oktober 2011 di Teratak Nalys Hulu Tamu, Batang Kali. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 51 peserta dan dibantu oleh 3 orang fasilitator. Kem Komanden bagi perkhemahan ini ialah En Saiful Nizam b Abdul Halim dan dibantu oleh Cik Zuraidah bt Arbaei. Kepada semua guru yang telah bertugas diucapkan ribuan terima kasih bermula daripada hari Jumaat hingga hari Ahad. Jasa anda semua akan dikenang sampai bila-bila. Gambar-gambar akan diupload nanti... sabar ye...
Wednesday, 12 October 2011
Program Pasca PMR
Program Pasca PMR dijalankan kepada semua murid Tingkatan 3 yang diadakan di Dewan Bestari SMKKKB. Program ini dikendalikan oleh Pn Norhayati Mohd Yusop dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3 bersama guru-guru yang mengajar Tingkatan 3.
Friday, 7 October 2011
Pengurusan Stres Calon STPM 2011
Pada 07 Oktober 2011 telah dijalankan program Pengurusan Stres untuk calon yang bakal menghadapi Peperiksaan STPM 2011 di Dewan Gemilang, Asrama SMKKKB. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik kepada ketiga-tiga GBKSM SMKKKB. Semoga anda semua berjaya....
Monday, 3 October 2011
Selamat Berjaya kepada Calon PMR SMKKKB
Pada hari ini, 4 Oktober 2011, murid-murid Tingkatan 3 menghadapi PMR. Kelihatan murid-murid telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Kami daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKKB mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR. Kami GBKSM SMKKKB doakan anda semua beroleh keputusan yang cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)