Friday, 29 July 2011
Kem Remaja Rabbani Tingkatan 5 dan PPU
Pada 29 Julai 2011, Kem Remaja Rabbani telah dijalankan kepada para pelajar beragama Islam Tingkatan 5 dan PPU Atas di Kem Rimba Hulu Tamu, Batang Kali. Program ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana untuk menjadi mukmin yang sejati. Di samping itu, program ini untuk memupuk jati diri dan semangat ukhwah antara peserta. Program selama 3 hari 2 malam ini telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama pihak Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.
Friday, 22 July 2011
Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya
Pada 18 Julai - 21 Julai 2011, Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) telah diadakan di Pusat Ko Kurikulum Hulu Selangor, Ampang Pecah. SMKKKB telah menghantar 3 orang peserta. Objektif program ini untuk:
a) Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah
b) Menggerakkan pelajar sebagai Ahli RADA yang proaktif dan berketrampilan
c) Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup yang sihat
d) Memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah dan keluarga dalam membimbing pelajar mengatasai masalah dadah. Ulasan :
Keseluruhannya Program SHIELDS 2011 ini telah berjaya dijalankan dengan berkesan dan mantap. Penghargaan seharusnya ditujukan kepada pihak AADK Hulu Selangor yang begitu komited dalam menjalankan program ini sehingga ke hujungnya. Penglibatan pihak PPD Hulu Selangor dengan pihak Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Selangor telah berjaya memberikan impak yang sangat berguna ke arah kelancaran Program SHIELDS ini. Program SHIELDS ini perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang dengan penglibatan badan-badan berkanun dan NGO pada masa-masa yang akan datang. Pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah begitu mengalu-alukan penglibatan pihak tersebut. Penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.
Sunday, 17 July 2011
Kem Bestari Kepimpinan Pelajar (MKP & MKPA)
Pada 15 Julai - 17 Julai 2011, Kem Bestari Kepimpinan telah dijalankan di Nur Laman Bestari, Hulu Yam Selangor. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini disasarkan kepada semua pemimpin pelajar SMKKKB dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Objektif program ini untuk memupuk jati diri dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar SMKKKB. Program selama 3 hari 2 malam ini padat dengan aktiviti yang telah disusun dengan terperinci meliputi ice breaking, modul kepimpinan, aktiviti outdoor, jungle trekking dan modul sharing. Perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua Cemerlang, SMKKKB)
Saturday, 9 July 2011
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
Satu Latihan Dalam Perkhidmatan telah dijalankan pada 09 Julai 2011 di Dewan Gemilang Asrama SMKKKB. Program ini dijalankan oleh penceramah Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) Tn Haji Shahabuddin Ashari. Program ini telah dihadiri oleh warga guru dan kakitangan SMKKKB. Program ini telah dimulakan dengan aktiviti ice breaking, pembentukan kumpulan, modul Cut Apple A, matlamat kumpulan, sharing dan aktiviti selingan serta energizer. Semua kakitangan berasa sungguh gembira dalam melakukan setiap tugasan sepanjang program tersebut. Kerjasama guru dan kakitangan adalah sangat penting bagi menjamin organisasi yang hebat...
Saturday, 25 June 2011
Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah 2011 (PPU Bawah)
Tahniah kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 Bawah SMKKKB. Sepanjang minggu ini diadakan minggu orientasi kepada para pelajar PPU Bawah ini. Banyak aktiviti yang telah dirancang secara terperinci telah dijalankan meliputi pengenalan Tingkatan 6, pemilihan aliran, visi dan misi sekolah, aspek disiplin serta kokurikulum. Perasmian penutup Minggu Orientasi ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua Cemerlang SMKKKB)
Wednesday, 15 June 2011
Projek Membina Bilik Sumber PPDa
Dibawah ini ialah gambar sepintas lalu projek membina Bilik Sumber PPDa SMKKKB. Ia diketuai oleh En Saiful Nizam Abdul Halim. Sudi-sudilah memberi idea...
Saturday, 16 April 2011
Program Belaian Kasih
Pada 15 April hingga 16 April 2011 telah diadakan satu program yag diberi nama Program Belaian Kasih. Program ini telah dianjurkan oleh UBK SMKKKB dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Seramai 50 orang pelajar telah menyertai program ini. Program ini telah berjalan dengan jayanya.
Friday, 15 April 2011
Pameran Anti Dadah Minggu Pengguna
Satu pameran Anti Dadah telah dijalankan di SMK Kuala Kubu Bharu. Pameran ini telah disediakan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor. Pameran ini besempena dengan Minggu Pengguna SMK Kuala Kubu Bharu. Dalam pameran ini, para pelajar telah mendapat banyak info tentang bahaya dadah serta bagaimana untuk mengelak diri dari terjerumus dengan najis dadah. Lihat Gambar di bawah ini.Sila tekan untuk lihat gambar
Tuesday, 5 April 2011
Lawatan Karnival Pengajian Tinggi 'Jom Masuk U' 2011
Satu lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi 'Jom Masuk U' telah diadakan pada 02 April 2011. Karnival ini telah diadakan di Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Seramai 44 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 telah menyertai lawatan ini. Para pelajar telah diiringi oleh dua orang GBKSM iaitu Pn Rosmina Abdul Hamid dan Puan Norhayati Mohd Yusop. Sememangnya lawatan ini sangat membantu dalam memberi maklumat kepada para pelajar tentang IPTA dan IPTS serta pembiayaan PTPTN.
Program Eksklusif Sekolah Bitara - Akademik Penggerak Kecemerlangan PMR
Pada 02 Februari 2011 dan 03 Februari 2011 telah diadakan Program Eksklusif sekolah Bitara - Akademik Penggerak Kecemerlangan. Program ini anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009/2010 UPSI dengan kerjasama UBK SMKKKB. Program ini dijalankan untuk murid-murid Tingkatan 3 yang akan mengambil PMR pada tahun ini seramai 220 orang murid. Tujuan program ini dijalankan untuk meningkatkan keyakinan dalam menghadapi PMR yang akan datang. Selain itu, ia merupakan persediaan awal untuk menghadapi PMR. Program ini dilihat telah berjaya mencapai objektifnya dan pihak UBK mengucapkan ribuan terma kasih kepada UPSI kerana sudi menjalan program sebegini yang seharusnya diteruskan pada masa akan datang.
Monday, 4 April 2011
Program Eksklusif Sekolah Bitara - Kursus Pemimpin Unggul
Pada 2 April 2011 hingga 03 April 2011 telah diadakan satu program yang diberi nama Program Eksklusif Sekolah Bitara. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009/2010 UPSI dengan kerjasama UBK SMKKKB. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas kepimpinan. Ia juga adalah untuk mengukuhkan sahsiah para peserta ke arah pembentukan diri yang lebih unggul bagi melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa. Pemimpin Unggul Berkualiti adalah tema yang dipilih bagi Kursus Pemimpin Unggul ini. Program ini telah dijalankan dengan jayanya.
Wednesday, 30 March 2011
Program Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah
Satu Program Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah telah diadakan pada 29 Mac 2011di Hotel Prescott Klang. PPDa SMKKKB diketuai oleh Jurulatih Utama, En Saiful Nizam b Abdul Halim telah menghantar 2 orang fasilitator yang terlatih iaitu Saudara Muhd Asyraf b Muhd Hatta dan Azrul Shafiq b Alfian. Mereka ini telah membantu pihak jurulatih utama dalam menjalankan modul-modul PPDa PETRONAS yang telah dirancangkan. Terima kasih kepada mereka berdua. Tahniah!





Subscribe to:
Posts (Atom)









