Friday, 21 October 2011
Program My Talent
Satu Progam My Talent telah dijalankan di Dewan Bestari SMKKKB. Program ini adalah merupakan satu aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa untuk mencari bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 yang baharu sahaja selesai menyempurnakan PMR. Program ini dikendalikan oleh GBKSM Pn Norhayati Mohd Yusop dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3 Pn Siti Zuliana dan guru-guru yang mengajar di Tingkatan 3. Program ini berjalan dengan baik dan semua pelajar memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini.
Program Pengurusan Stres Calon SPM 2011
Satu Program Pengurusan Stres telah diadakan di Dewan Gemilang Asrama SMK Kuala Kubu Bharu. Program ini telah dikendalikan oleh GBKSM En Saiful Nizam b Abdul Halim serta dibantu oleh Pn Nurul Suhaida bt Ahmad Penyelaras Tingkatan 5. Program ini terbahagi kepada 2 slot iaitu Slot Ceramah daripada Pegawai PTPL / MSU iaitu Pn Norlina bt Arshad dan Slot Taklimat Kemahiran daripada Pegawai Latihan Yayasan Basmi Kemiskinan Kuala Selangor En Mohd Noh bin Muhammad. Semua aktiviti ini berjalan lancar dan pelajar Tingkatan 5 memberi kerjasama yang sangat baik bagi program ini. Terima kasih kepada guru yang hadir untuk memantau semua pelajar kelas masing-masing. Jasa anda semua amat dihargai. UBK SMKKKB mengharapkan agar program ini dapat membantu pelajar dalam menguruskan stres mereka menjelang hari peperiksaan. Selamat berjuang calon SPM 2011!. Gambar akan diupload nanti.... Sabar ye
Monday, 17 October 2011
Kem RIMUP 2011
Satu Perkhemahan RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) telah dijalankan pada 14-16 Oktober 2011 di Teratak Nalys Hulu Tamu, Batang Kali. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 51 peserta dan dibantu oleh 3 orang fasilitator. Kem Komanden bagi perkhemahan ini ialah En Saiful Nizam b Abdul Halim dan dibantu oleh Cik Zuraidah bt Arbaei. Kepada semua guru yang telah bertugas diucapkan ribuan terima kasih bermula daripada hari Jumaat hingga hari Ahad. Jasa anda semua akan dikenang sampai bila-bila. Gambar-gambar akan diupload nanti... sabar ye...
Wednesday, 12 October 2011
Program Pasca PMR
Program Pasca PMR dijalankan kepada semua murid Tingkatan 3 yang diadakan di Dewan Bestari SMKKKB. Program ini dikendalikan oleh Pn Norhayati Mohd Yusop dan dibantu oleh Penyelaras Tingkatan 3 bersama guru-guru yang mengajar Tingkatan 3.
Friday, 7 October 2011
Pengurusan Stres Calon STPM 2011
Pada 07 Oktober 2011 telah dijalankan program Pengurusan Stres untuk calon yang bakal menghadapi Peperiksaan STPM 2011 di Dewan Gemilang, Asrama SMKKKB. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik kepada ketiga-tiga GBKSM SMKKKB. Semoga anda semua berjaya....
Monday, 3 October 2011
Selamat Berjaya kepada Calon PMR SMKKKB
Pada hari ini, 4 Oktober 2011, murid-murid Tingkatan 3 menghadapi PMR. Kelihatan murid-murid telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Kami daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKKB mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PMR. Kami GBKSM SMKKKB doakan anda semua beroleh keputusan yang cemerlang.
Tuesday, 27 September 2011
TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
TINGKATAN 1 - 19.10.11 HINGGA 3.11.11TINGKATAN 2 - 19.10.11 HINGGA 3.11.11
TINGKATAN 4 - 7.10.11 HINGGA 3.11.11
PPU BAWAH - 17.10.11 HINGGA 3.11.11
Pemeriksaan Buku Skrap SLAD
Satu pemeriksaan Buku Skrap Skim Lencana Anti Dadah, bagi mendapatkan Lencana SLAD telah dijalankan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Ia meliputi isi-isi keratan akhbar, majalah, brosur tentang anti dadah berdasarkan aspek keperluan buku skrap tersebut. Peserta masih boleh menyiapkan buku skrap ini sehingga sempurna. Bahan-bahan Buku Skrap ini akan diletakkan di Bilik Sumber PPDa sebagai sumber rujukan pelajar. Terima kasih kepada semua yang berkaya menyempurnakan Buku Skrap ini.
Monday, 26 September 2011
Program Pengurusan Stres Calon PMR 2011
Satu Program Pengurusan Stres telah dijalankan bagi membantu murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan PMR 2011. Ia bertujuan untuk murid-murid menangani tekanan menjelang peperiksaan meliputi masa belajar, komunikasi, fizikal dan mental murid-murid. Program ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kelas 3 Siber, 3 Bios dan Cimos bagi kumpulan pertama. Manakala 3 Digital, 3 Gigabait dan 3 Megabait bagi kumpulan kedua. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pn Norhayati bt Mohd Yusop dan dibantu oleh Pn Rosmina Abdul Hamid dan En Saiful Nizam b Abdul Halim. Terima kasih juga kepada guru-guru tingkatan 3 yang hadir bagi memantau disiplin murid-murid. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat hasil yang gemilang menerusi PMR 2011 ini nanti.
Friday, 23 September 2011
Tahniah UBK SMKKKB!
Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di atas kejayaan sebagai Naib Johan Pertandingan Pembinaan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling - Merekayasa Peringkat Daerah Hulu Selangor. Pertandingan ini telah diadakan di PKG Kalumpang. Kejayaan ini telah memberi satu suntikan motivasi UBK SMKKKB dalam meningkatkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Dengan ini, UBK SMKKKB menjemput anda semua melayari laman blog ini...
Thursday, 22 September 2011
Taklimat Program Restu Ilmu, Program Pengurusan Stress dan Motivasi Calon PMR 2011
Satu taklimat berkenaan dengan beberapa program yang akan dijalankan kepada murid-murid Tingkatan 3 yang akan mengambil PMR. Program itu meliputi Program Restu Ilmu, Program Pengurusan Stress, dan Motivasi Calon PMR 2011. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Manap Jarkasi (Pengetua Cemerlang SMKKKB). Semoga program yang dirancang ini memberikan impak yang besar dalam mencapai keunggulan PMR 2011.
Tuesday, 20 September 2011
Pertandingan Merekayasa Peringkat Daerah
Unit Bimbingan dan kaunseling SMKKKB sedang dan dalam proses untuk menyertai Pertandingan Merekayasa Peringkat Daerah yang akan diadakan di PKG Kalumpang. Hasil perbincangan antara GBKSM dengan pihak pentadbiran sekolah, kami sebulat suara mengambil bahagian dalam pertandingan pembinaan blog dan facebook.
Friday, 16 September 2011
Mesyuarat Penyelarasan Ujian SLAD Hulu Selangor
Pada 15 September 2011 telah diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan Ujian Skim Lencana Anti Dadah peringkat Daerah Hulu Selangor. Guru-guru yang hadir terdiri daripada GBKSM yang memimpin dan menyelaras aktiviti SLAD di sekolah masing-masing. Perbincangan meliputi pengumpulan soalan ujian, penyemakan skima buku log SLAD serta aspek pengurusan ujian tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En Hassaruddin b Yaakob (Pegawai Khas PPDa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor). Hasil mesyuarat bersetuju untuk menjalankan ujian tersebut pada 26 September 2011 di SMK Dato, Hj Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu.
Wednesday, 14 September 2011
Perjumpaan Calon Harapan Unggul, Potensi Cemerlang dan Harapan Lulus PMR
Satu perjumpaan telah diadakan di tiga lokasi bagi calon-calon PMR 2011 SMKKKB pada 14 September2011. Perjumpaan bersama Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua SMKKKKB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKKKB bagi calon Harapan Unggul PMR. Perjumpaan bersama Tn Hj Mohd Ali b Daud (Penolong Kanan SMKKKB) telah diadakan di Dewan Gemilang SMKKKB bagi calon Potensi Cemerlang dan bagi calon Harapan Lulus PMR, perjumpaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPU bersama En Abu Mansor b Sathri. Kesemua perjumpaan ini telah dijalankan serentak selepas Ujian Gerak Gempur PMR. Tujuan diadakan perjumpaan ini ialah untuk memberi motivasi serta amanat terakhir kepada calon-calon PMR. Terima kasih kepada semua guru dan calon PMR yang menjayakan program ini.
Friday, 19 August 2011
Program Minda Sihat
Satu Program Minda Sihat telah diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah. Program ini anjuran Pejabat Kesihatan Daerah. Sasaran program ini ialah kepada guru-guru bagaimana untuk membantu dalam menangani masalah kesihatan mental para pelajar di sekolah. Pendekatan yang digunakan sepanjang program ini ialah soal selidik dan ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Anthony Ng. Program ini sangat baik bagi memberi maklumat kepada GBKSM untuk menangani permasalahan dalam kalangan pelajar. Terima kasih.
Thursday, 18 August 2011
Tahniah kepada Peserta PLKN
Tahniah kepada Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Semua pelajar telah melengkapkan semua maklumat bagi menyertai program tersebut. Semoga anda semua mendapat manfaat yang berguna sepanjang menyertai program tersebut. Tahniah sekali lagi...
Tuesday, 16 August 2011
Projek Mengecat Lorong PPDa
Satu aktiviti mengecat Lorong PPDa telah diadakan dengan kerjasama guru-guru pelatih UPSI yang berpraktikum di SMKKKB. Ini adalah satu projek Pendidikan Pencegahan Dadah yang dalam rangka proses untuk menyiapkan satu lorong PPDa bagi tahun 2012. Dalam perancangan tersebut akan ada mural anti dadah daripada unit-unit uniform di SMKKKB serta pelbagai info maklumat akan dipamerkan. Terima kasih kepada pelatih-pelatih UPSI. Sekolah Bebas Dadah 2012.
Thursday, 11 August 2011
Program Bitara UPSI Bersama Pelajar Calon SPM
Satu Program Bitara UPSI telah dijalankan bersama calon SPM SMKKKB. Pelajar-pelajar terdiri daripada kelas 5 Digital, 5 Gigabait dan 5 Megabait. Program ini telah mendapat kerjasama yang erat daripada para pensyarah yang berpengalaman daripada UPSI. Program ini telah dimulakan dengan sesi ice breaking dan motivasi yang dikendalikan oleh En Taqiudin b Abdul Mukhti. Ini dikuti oleh teknik mempelajari Sains dan teknik mempelajari Matematik. Semua pelajar telah mengikuti program ini dengan baik dan mendapat maklum balas yang positif. Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Tn Hj Manap Jarkasi (Pengetua Cemerlang SMKKKB. Terima kasih kepada semua guru yang menjayakan program ini.
Tuesday, 9 August 2011
Program Kembali Ke Landasan (PKKL)
Sepanjang minggu ini, semua GBKSM SMKKKB sedang sibuk menyiapkan data-data bagi Program Kembali Ke Landasan. data-data ini adalah amat perlu bagi melihat keberkesanan program-program yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari sehingga kini. Di samping itu, ia juga untuk melihat sama ada terdapat perubahan kepada para pelajar yang melakukan salah laku atau pelanggaran disiplin di sekolah.
Friday, 29 July 2011
Kem Remaja Rabbani Tingkatan 5 dan PPU
Pada 29 Julai 2011, Kem Remaja Rabbani telah dijalankan kepada para pelajar beragama Islam Tingkatan 5 dan PPU Atas di Kem Rimba Hulu Tamu, Batang Kali. Program ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana untuk menjadi mukmin yang sejati. Di samping itu, program ini untuk memupuk jati diri dan semangat ukhwah antara peserta. Program selama 3 hari 2 malam ini telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama pihak Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.
Friday, 22 July 2011
Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya
Pada 18 Julai - 21 Julai 2011, Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) telah diadakan di Pusat Ko Kurikulum Hulu Selangor, Ampang Pecah. SMKKKB telah menghantar 3 orang peserta. Objektif program ini untuk:
a) Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah
b) Menggerakkan pelajar sebagai Ahli RADA yang proaktif dan berketrampilan
c) Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup yang sihat
d) Memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah dan keluarga dalam membimbing pelajar mengatasai masalah dadah. Ulasan :
Keseluruhannya Program SHIELDS 2011 ini telah berjaya dijalankan dengan berkesan dan mantap. Penghargaan seharusnya ditujukan kepada pihak AADK Hulu Selangor yang begitu komited dalam menjalankan program ini sehingga ke hujungnya. Penglibatan pihak PPD Hulu Selangor dengan pihak Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Selangor telah berjaya memberikan impak yang sangat berguna ke arah kelancaran Program SHIELDS ini. Program SHIELDS ini perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang dengan penglibatan badan-badan berkanun dan NGO pada masa-masa yang akan datang. Pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah begitu mengalu-alukan penglibatan pihak tersebut. Penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.
Sunday, 17 July 2011
Kem Bestari Kepimpinan Pelajar (MKP & MKPA)
Pada 15 Julai - 17 Julai 2011, Kem Bestari Kepimpinan telah dijalankan di Nur Laman Bestari, Hulu Yam Selangor. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini disasarkan kepada semua pemimpin pelajar SMKKKB dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Objektif program ini untuk memupuk jati diri dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar SMKKKB. Program selama 3 hari 2 malam ini padat dengan aktiviti yang telah disusun dengan terperinci meliputi ice breaking, modul kepimpinan, aktiviti outdoor, jungle trekking dan modul sharing. Perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua Cemerlang, SMKKKB)
Subscribe to:
Posts (Atom)