INFO UBK

Keperluan terhadap perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah seiring dengan kepentingan unit kurikulum yang memberi fokus terhadap perkembangan kognitif melalui kegiatan utama iaitu pengajaran dan pembelajaran. Ia juga seiring dengan perkembangan psikomotor melalui unit Kokurikulum. Pembangunan sahsiah dan disiplin juga ditunjangi oleh Unit Hal Ehwal Murid. Kesempurnaan pembinaan diri seseorang pelajar dilengkapkan dengan fungsi sokongan yang diterajui oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Pelbagai isu seperti psikososial dan kesejahteraan mental, kekeluargaan, kemahiran-kemahiran asas selain daripada masalah akademik dan kerjaya merupakan isu-isu yang tidak mampu ditangani oleh seorang guru biasa lantaran kesibukan dan bebanan tugas yang dipikulkan ke atas bahu mereka. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling menjadi penting sama seperti guru walau pun berbeza tugas dan peranan masing-masing. Fokusnya tetap kepada pembangunan diri pelajar.


1) Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:
a) Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
b) Kemahiran belajar.

2) Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
a) Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
b) Ujian psikometrik.

3) Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:
a) Program psikososial.
b) Program kesejahteraan mental.

4) Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan
kesejahteraan individu melalui:
a) Konsultasi keibubapaan.
b) Kaunseling keluarga.

5) Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:-
a) Pendekatan Keluarga Cemerlang
b) Pembentukan Jati Diri Remaja
c) Sekolah Bebas Dadah

6) Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:-
a) Mengenal Diri Dan Potensi Diri
b) Kemahiran Kepimpinan
c) Kehidupan Bermasyarakat
d) Penyelesaian Masalah