Monday 7 January 2013

Karnival Jom Masuk U

Kepada bekas pelajar SMKKKB anda diminta untuk melayari internet bagi tujuan meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi. Seandainya mengalami masalah, bolehlah berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Pelaksanaan PBS Psikometrik Tingkatan 1 dan 2


Pelaksanaan PBS Psikometrik akan dilaksanakan d kepada murid Tingkatan 1 dan 2 SMK Kuala Kubu Bharu. Pelaksanaan ini akan dimaklumkan kemudian. Kerjasama daripada murid dan guru-guru adalah diharapkan bagi menjayakan PBS Psikometrik ini.

Taklimat PBS Tingkatan 1




Taklimat PBS Tingkatan 1 telah disampaikan oleh En Rafizi b Rafie di Dewan Bestari Sekolah.

JOM MASUK U 2013


PTD Tingkatan 1


Pada 7 Januari 2013 telah diadakan Program Transformasi Tingkatan 1 bertempat di Dewan Bestari SMKKKB. Program dimulai dengan pengenalan UBK oleh Pn Rosmina Abdul Hamid. Diikuti dengan latihan nyanyian lagu sekolah "Ilmu Kunci Kebahagiaan" oleh En Saiful Nizam. Kemudian En Saiful memberikan ceramah pendek mengenai kecemerlangan dan keunggulan pelajar. Selepas rehat, Pn Wan Shamsiah telah menyampaikan taklimat mengenai Kokurikulum. Ini diikuti oleh Tn Hj Zainal Sudin Guru Cemerlang (JUSA C)mengenai Sistem Kawalan Salah Laku Kurikulum (SKSLK). Selepas itu, Pn Zalita memberikan taklimat disiplin pelajar dan diakhiri oleh ucapan penutup Tn Hj Manap b Jarkasi (Pengetua SMKKKB).

Sunday 6 January 2013

Program Transformasi Diri (PTD) 2013

UBK akan menjalan PTD 2013 bermula dengan tingkatan 1 hingga  tingkatan 6. Program ini akan berjalan selama 2 minggu bermula pada 07 Januari 2013. Kami di UBK akan cuba sebaik mungkin dalam menyalurkan input-input untuk PTD bagi memberi semangat dan motivasi untuk belajar dengan baik di SMKKKB. Semua pelajar yang terlibat perlu mengikut jadual yang diberikan serta memberi komitmen yang tinggi dalam PTD ini.

Saturday 5 January 2013

Pemilihan ahli KPJ 2013

Kepada pelajar baharu dan lama yang berminat untuk menyertai Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) SMKKKB diminta berjumpa dengan Cikgu Saiful Nizam untuk maklumat lanjut. KPJ merancang untuk menjalankan banyak aktiviti bagi memudahkan para pelajar mendapatkan sijil penyertaan dan pencapaian khususnya dalam Skim Lencana Anti Dadah (SLAD).

Wednesday 2 January 2013

Penempatan pelajar tingkatan 4

Pada 02 Januari 2012, Penyelaras Tingkatan 4 telah menjalankan aktiviti bagi menempatkan pelajar di aliran sains dan sastera. Penempatan ini berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan PMR 2012 yang lalu. Penempatan ini berjalan dengan baik hasil kerjasama guru-guru dan GBKSM dalam memastikan pelajar dapat ditempatkan di aliran sains dan sastera serta bersesuaian dengan kelayakan dan minat pelajar. Tahniah diucapkan....

Tuesday 1 January 2013

Selamat Datang Pelajar Baharu SMKKKB 2013

Selamat datang kepada semua pelajar baharu SMKKKB tingkatan satu yang akan memulakan persekolahan alam menengah di SMKKKB. Tahniah diucapkan kepada anda dan ibu bapa atas kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kejayaan dan kecemerlangan dalam UPSR perlu diteruskan di SMKKKB. Pendaftaran tingkatan 1 telah diadakan pada 31/12/2012. Kelihatan ibu bapa dan pelajar-pelajar baharu bersemangat sepanjang majlis pendaftaran dijalankan.

Sunday 8 July 2012

Program 2 hari 1 malam untuk warga asrama

Satu program 2 hari 1 malam telah dirancangkan untuk dilaksanakan pada 13 - 14 Julai 2012 di Dewan Gemilang, Asrama SMKKKB. Program ini akan dikendalikan oleh Kaunselor Pelatih daripada UPSI dan UNITAR. Nama bagi program ini akan dimaklumkan kemudian... tunggu...

Friday 6 July 2012

Kursus MKP dan PRS mendapat sambutan...

Kursus MKP dan PRS sedang dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Bestari, SMKKKB. Seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada MKP dan PRS. Kursus ini dijayakan oleh Kaunselor pelatih daripada UNITAR iaitu En Mohd Azuan bin Zainuddin dan Kaunselor Pelatih daripada UPSI iaitu En Ali Hadri.  MKP dan PRS dilatih untuk lebih berani dalam menjalankan tugas kepimpinan dalam bidang masing-masing. Terima kasih kepada semua yang menjayakan kursus ini. Gambar akan upload nanti...

Wednesday 4 July 2012

Headcount Bagi Murid Tingkatan 1, 2 dan 4

Satu program Headcount bagi Tingkatan 1,2 dan 4 akan dijalankan sepanjang minggu hadapan. Bertujuan untuk membantu murid-murid melihat sejauh mana sasaran mereka dalam peperiksaan Tingkatan 1, 2 dan 4. 

Tuesday 3 July 2012

Selamat Datang Kaunselor Pelatih...

UBK SMKKKB mengucapkan selamat datang  kepada En Muhd Azuan b Zainuddin daripada UNITAR sebagai Kaunselor Pelatih. Beliau akan menjalani latihan bimbingan dan kaunseling di SMKKKB dari 11 Jun 2012 hingga 21 September 2012. Dalam pada itu juga, seorang Kaunselor  pelatih UPSI  dari Negara Brunei Darussalam iaitu En Ali Hardi bin Awang Haji Mohamed juga telah melaporkan diri sebagai kaunselor pelatih di SMKKKB. Selamat datang diucapkan kepada mereka. Semoga dapat menaburkan bakti dan mendapat ilmu yang berguna sepanjang tempoh latihan.

Kursus Kepimpinan Muda MKP dan PRS

Satu kursus di atas akan dijalankan pada 07 Julai 2012 di Dewan Bestari SMKKKB. Semua MKP muda dan PRS diminta hadir ke kursus tersebut.

Tuesday 8 May 2012

Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah

Pada minggu ini bermula dari 8 Mei - 18 Mei 2012, satu Program Orientasi dijalankan untuk para pelajar Tingkatan 6 bawah yang berjaya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 bawah. pelbagai aktiviti dirancang untuk para pelajar bermula dengan aktiviti yang dirancangkan.

Saturday 21 January 2012

Selesainya PTD 2012

Sepanjang Januari 2012 ini, UBK SMKKKB telah selesai menjalankan Program Transformasi Diri (PTD) bagi semua pelajar SMKKKB. Semua aktiviti telah berjalan mengikut jadual yang telah dirancangkan. Terima kasih kepada penceramah jemputan daripada MSU dan Kolej CCQ Tech kerana menyampaikan maklumat tentang kerjaya dalam bidang masing-masing. UBK SMKKKB akan terus merancang sesuatu yang terbaik untuk semua para pelajar. Gambar akan dimuatnaik kemudian... Terima kasih kepada semua guru penyelaras tingkatan, guru mata pelajaran dan para pelajar.

Tuesday 10 January 2012

Siapa yang minat menjadi PRS

Terbuka kepada semua pelajar SMKKKB yang berminat untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2012. Seperti biasa PRS ini akan dilatih dan anda akan diberikan sijil penyertaan setelah berjaya mengikuti kursus atau aktiviti yang telah dilalui. Ini adalah satu peluang kepada pelajar. Sila daftar segera kerana tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pn Norhayati bt Mohd Yusop, Pn Rosmina bt Abdul Hamid dan En Saiful Nizam b Abdul Halim. 

Wednesday 4 January 2012

Program Transformasi Diri (PTD)





Pada 5-6 Januari 2011 telah dijalankan PTD Tingkatan 1 di Dewan Bestari SMKKKB. Pengisian sepanjang pada hari tersebut ialah Nyanyian Lagu Sekolah, taklimat pemilihan kokurikulum, pengisian borang profil murid, pengenalan lokasi sekolah. Murid tingkatan 1 kelihatan bersemangat untuk belajar di SMKKKB.

Sunday 1 January 2012

Selamat Meneruskan Pengajian Tahun 2012

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua guru dan pelajar SMKKKB yang akan meneruskan legasi kecemerlangan SMKKKB sebagai sebuah Sekolah Harian  Unggul Menjelang 2014. Kami pihak UBK SMKKKB akan meneruskan segala perancangan yang telah disusun sepanjang tahun 2012 ini. Kerjasama daripada warga SMKKKB sangat diharapkan dalam membantu UBK SMKKKB memberikan perkhidmatan yang terbaik.