Friday, 25 February 2011

Kursus Fasilitator Murid Sahabat PPDa-PETRONAS 2011

Kursus Fasilitator Murid Sahabat PPDa-PETRONAS 2011 telah diadakan pada 22-24 Februsri 2011 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Seramai 5 orang peserta telah dihantar bagi mengikuti kursus tersebut bersama dengan Jurulatih Utama PPDa-PETRONAS, En Saiful Nizam b Abdul Halim. Peserta tersebut ialah Muhd Asyraf b Muhd Hatta, Azrul Shafiq Alfian, Nur Aqilah Mohd Ariff, Naemah Abdul Aziz, dan Sarmila. Semua peserta telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Adalah diharapkan peserta ini akan membantu dalam PPDa di peringkat sekolah dan daerah.

Sunday, 20 February 2011

Program Penetapan Target dan Akur Janji Tingkatan 3

Satu Program Penetapan Target dan Akur Janji telah dijalankan pada 19 Februari 2011 di Dewan Gemilang SMKKKB. Sasaran program pada kali ini untuk para pelajar Tingkatan 3. Kehadiran ibu bapa adalah amat baik. Dalam program tersebut, ibu bapa telah bertemu dengan guru-guru kelas bagi melihat prestasi anak-anak mereka sepanjang pembelajaran di SMKKKB. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.

Saturday, 12 February 2011

Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PETRONAS

Pada 9-11 Februari 2011, seramai 4 orang guru bimbingan dan kaunseling dari daerah ini telah terpilih untuk mengikuti Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PTRONAS 2011. Kursus ini telah diadakan di Prescott Hotel, Klang. Sepanjang program, para peserta telah diberikan pelbagai modul yang dapat membantu para peserta untuk menjadi jurulatih utama (JU) dalam aktiviti pencegahan dadah. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat.



Monday, 7 February 2011

Program Maju Diri (PMD) 2011

Program Maju Diri (PMD)  telah dijalankan dengan jayanya bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas. Semua aktiviti telah dijalankan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. PMD ini dijalankan adalah untuk memberi satu suntikan semangat, motivasi serta kemahiran belajar kepada murid-murid Tingkatan 1-5 dan para pelajar Tingkatan 6 Atas (PPU).